Thursday, May 31, 2012

KELEBIHAN BUAH TIN


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
  “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”



Terkandung didalam surah At-Tin dimana Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan buah zaitun . Apakah keistimewaan buah tin dan zaitun ini sehinggakan Allah bersumpah diatasnya? Ada beberapa hadis dan riwayat yang menerangkan tentang fadhilat dan kelebihan buah-buah ini.


Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin. Lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan.Nabi pun turut sama makan.Kemudian baginda SAW bersabda:
  





Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”


Khasiat Buah Tin

  • Buah Tin kering membekalkan enam kali lebih banyak kalori daripada buah yang segar.
  • Pengeringan buah teen mengakibatkan pemekatan nutrisi didalamnya yang mana ianya menjadi lebih kaya dengan protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral terutamanya kalsium, zat besi dan potasium.
  • Mempunyai kandungan sodium sangat rendah.
  • Menyembuhkan penyakit Buasir/Haid yang tidak teratur
  • Menghilangkan sakit-sakit dan bengkak-bengkak badan
  • Melegakan batuk yang berpanjangan
  • Melawas kencing
Boleh didapati di PASAR MALAM / ON9

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...